DUN Sarawak adalah badan perundangan bagi Kerajaan Negeri yang melulus dan meminda undang-undang negeri. Ia juga berkhidmat kepada Kerajaan Negeri serta menyediakan medan bagi memeriksa dasar-dasar Kerajaan serta melulus rang undang-undang bajet negeri, selain menjadi forum untuk ahli-ahli meluahkan pendapat dan berbincang mengikut hak perundangan ahli-ahli.
Mesyuarat General Council (nama asal) bersidang untuk pertama kalinya pada 8 September 1867 di Bintulu, dan dianggotai oleh 21 ahli dan menjadikan DUN Sarawak sebagai dewan perundangan yang tertua di Malaysia.
Bangunan DUN Sarawak telah dirasmikan pada 27 Julai 2009 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Bilangan Ahli DUN Sarawak adalah 82 orang dan ini menjadikan DUN Sarawak sebagai dewan perundangan yang terbesar di Malaysia.
Peraturan yang diguna pakai semasa persidangan DUN Sarawak adalah yang terkandung di dalam buku Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Semua pelawat, sama ada individu ataupun daripada institusi atau organisasi di dalam dan luar negara, boleh mengadakan lawatan ke DUN Sarawak dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada:
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Petra Jaya, 93502 Kuching.
Tel: +6082-441955
Faks: +6082-440628
Emel: duns@sarawak.gov.my
Laman Web: duns.sarawak.gov.my
Segala urusan lawatan diurus dan dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, DUN Sarawak.
Surat permohonan lawatan hendaklah mencatatkan nombor telefon, faks dan emel pemohon serta objektif lawatan dan senarai nama pelawat.
Pelawat dikehendaki menunjukkan Surat Kebenaran Lawatan kepada Pegawai Keselamatan yang bertugas di pintu masuk bangunan DUN Sarawak.
Sila hubungi Bahagian Khidmat Komunikasi Korporat, DUN Sarawak di talian 082-311946/082-440355 untuk keterangan lanjut.