Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Jumlah Pelawat
2048950
Persidangan DUN Sarawak, Selama Lapan Hari, Bermula Hari Ini
Tarikh : 04 Nov 2019  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

Link:https://sarawakvoice.com/2019/11/04/persidangan-dun-sarawak-selama-lapan-hari-bermula-hari-ini/

Persidangan DUN Sarawak, selama lapan hari, bermula hari ini.

November 4, 2019


KUCHING: Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Persidangan Ke-18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak  selama lapan hari , bermula hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, tiga Rang Undang-Undang (RUU) baharu akan dibentangkan dalam persidangan itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  sebagai Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi dijangka membentangkan Belanjawan Negeri 2020

Tiga RUU baharu yang akan dibentangkan ialah RUU Strata (Hak Milik Subsidiari) 2019, RUU Pengurusan Strata 2019 dan RUU Warisan 2019.

Selain itu, dua RUU  akan dipinda iaitu RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan 2019) dan RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar (Pindaan) 2019.

Berdasarkan laman sesawang rasmi DUN Sarawak, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan membentangkan RUU Strata (Hak Milik Subsidiari) dengan bacaan pertama, kedua dan ketiga dijadualkan pada hari ini.

Beliau dijangka membentangkan RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar (Pindaan) 2019.

Hari ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian akan membentangkan RUU Pengurusan Strata 2019.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip akan membentangkan RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2019.

Ini diikuti pembentangan RUU Warisan Sarawak 2019 oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Bacaan kedua dan ketiga esok.