Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Jumlah Pelawat
2048879
DUN Lulus RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2019
Tarikh : 05 Nov 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

Link: https://www.utusanborneo.com.my/2019/11/05/dun-lulus-ruu-perpustakaan-negeri-sarawak-pindaan-2019

DUN lulus RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2019

  • 2019-11-05T17:41:28+08:00
Talib ketika membentangkan RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2019. 

Talib ketika membentangkan RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2019. 

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2019 selepas mendapat sokongan majoriti semasa persidangan.

RUU yang dibentangkan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip diluluskan selepas bacaan ketiga.

“RUU ini bertujuan untuk meminda Ordinan Perpustakan Negeri Sarawak 1999 (Bab 29).

“Secara khusus, objektif utama RUU ini adalah untuk memberi kuasa kepada Lembaga Multimedia Sarawak untuk mengambil alih kuasa, peranan dan fungsi yang sebelum ini dilaksanakan oleh Majlis Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri di bawah Ordinan Perpustakaan Negeri Sarawak 1999 (Bab 29),” kata Talib ketika membentangkan RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan)  2019 di sini, hari ini.

Bercakap lanjut, beliau memberitahu pada masa ini, Sarawak mempunyai Ordinan Perpustakaan Negeri Sarawak 1999 (Bab 29) yang diluluskan oleh DUN pada 11 Mei 1999.

“Ordinan ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 1999 dan ia memperuntukkan penubuhan Perpustakaan Negeri Sarawak atau dikenali Pustaka Negeri Sarawak.

“Ordinan ini kali terakhir dipinda pada tahun 2009 untuk meningkatkan peranan Pustaka Negeri Sarawak sebagai penjaga arkib awam dan rekod awam di negeri ini dan dalam berurusan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan rekod awam,” katanya.

Malah, ujarnya, Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 (Bab 20) juga memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk menubuhkan, mengurus dan menyelenggarakan perpustakaan awam, dan membuat undang-undang untuk mengatur dan mentadbir perpustakaan tersebut.

“Setakat ini, semua pihak berkuasa tempatan di Sarawak telah menubuhkan perpustakaan awam mereka sendiri untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada rakyat yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran masing-masing,” katanya.

Menurut Talib, Pustaka Negeri Sarawak secara rasmi dilancarkan pada 1 Januari 2000 oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika beliau memegang jawatan Ketua Menteri.

“Sejak bertahun-tahun, ia telah berkembang menjadi ‘State Records Repository’ (Arkib) di Kuching, Pustaka Negeri Sarawak di Miri, dan tidak lama lagi berada di Sibu,” ujarnya.

Beliau menambah, Perpustakaan Negeri Sarawak di Kuching dan cawangannya iaitu Pustaka Miri dan Pustaka Sibu berada di bawah Jabatan Ketua Menteri.

“Bagaimanapun, sejak penubuhan dan operasi pada tahun 2000, Pustaka Negeri Sarawak telah diletakkan di bawah penyeliaan dan pengurusan keseluruhan Majlis Sumber dan  Teknologi Maklumat Negeri, ditubuhkan di bawah Ordinan Majlis Sumber dan  Teknologi Maklumat Negeri 1999 (Bab 28).

“Majlis telah diberi kuasa yang antara lainnya adalah untuk melantik (dalam rundingan bersama Ketua Menteri) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri yang lain (Seksyen 4 (2) Ordinan Utama); dan untuk mengeluarkan garis panduan dasar dan arahan kepada Lembaga Pengurusan berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran Pustaka Negeri Sarawak (Seksyen 10 Ordinan Utama),” jelasnya.

  • oleh
    Marlinda Mardzuki