Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Jumlah Pelawat
2199443
Ketua Hakim Negara Sertai Perarakan
Tarikh : 17 Jan 2020  Sumber Berita: My Metro
 

Link:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/536082/ketua-hakim-negara-sertai-perarakan

KETUA Hakim Negara antara lebih 1,000 pengamal undang-undang ‘turun ke jalanan’ untuk menyertai perarakan sempena Pembukaan Tahun Perundangan 2020 bagi Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Petra Jaya hari ini.

Selain Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat, turut menyertai perarakan ialah Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah.

Turut serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Gerawat Gala dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) negeri Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Perarakan yang diadakan dengan tema ‘Justice and Beyond’ itu bermula pada 7.30 pagi itu bermula dari Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) hingga ke Kompleks Mahkamah Kuching.

Setibanya di Kompleks Mahkamah Kuching pada 8.30 pagi, peserta perarakan disambut dengan persembahan oleh penari kebudayaan.

Program Pembukaan Tahun Perundangan bagi Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak antara peristiwa penting dalam kalendar badan kehakiman di kedua-dua negeri itu.

Ia mengumpul pengamal undang-undang untuk berkongsi aspirasi dan menetapkan matlamat baharu untuk dicapai tahun ini.

Program itu adalah acara tahunan badan kehakiman dan ia dianjurkan secara bergilir-gilir oleh Mahkamah Tinggi Sarawak dan Mahkamah Tinggi Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 5:31 PM