KUCHING, 3 Mei: Raptai penuh Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 disaksikan Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, hari ini.
Majlis itu nanti merupakan Majlis Istiadat Pembukaan sulung Tun Dr Wan Junaidi setelah dilantik sebagai TYT Sarawak pada Januari lalu.
Persidangan DUN Sarawak kali ini akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei 2024.
Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan tiga Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan meliputi perhutanan, pelabuhan dan SUKMA 2024.