picture

 

Piagam Pelanggan


1) Memastikan semua Persidangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Dewan diadakan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri.
2) Penyata rasmi yang disunting & Buku Undian dan Perjalanan Mesyuarat akan diselesaikan dan dibentangkan di atas Meja Mesyuarat Dewan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas Mesyuarat Persidangan yang lalu.
3) Muat naik Penyata Rasmi yang belum disunting secara harian di laman sesawang rasmi DUN dalam tempoh masa 5 jam selepas persidangan tamat. Penyata Rasmi yang belum disunting akan dicetak dalam tempoh masa 8 jam dan akan diletakkan di atas meja  Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum 9.00 pagi hari berikutnya.
4) Laporan yang disediakan untuk Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Pilihan Khas akan diselesaikan dalam tempoh masa satu (1) bulan atau pada Mesyuarat Persidangan seterusnya, yang mana berkenaan.
5) Mengemukakan rang undang-undang yang telah diluluskan semasa Persidangan kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk persetujuan dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja selepas Mesyuarat berakhir.
6) Bayaran elaun, saraan, pencen/pencen terbitan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, bekas Ahli-ahli Yang Berhormat dan bekas setiausaha politik akan dibayar berdasarkan Arahan Perbendaharaan dan/atau Pekeliling yang berkaitan sebagaimana yang diperuntukkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
7) Pembayaran faedah, tuntutan, ganjaran untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, bekas Ahli-ahli Yang Berhormat dan bekas setiausaha politik dilaksanakan dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan dikemukakan berdasarkan Arahan Perbendaharaan dan/atau Pekeliling yang berkaitan sebagaimana yang diperuntukkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
8) Aturan Urusan Mesyuarat Harian (Order of the Day) hendaklah disediakan untuk setiap Ahli-ahli Yang Berhormat seawal mungkin atau pada pukul 5.00 petang sehari sebelum persidangan bermula pada hari seterusnya.