Soalan Yang Kerap Ditanya

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Apakah fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak?

DUN Sarawak adalah badan perundangan bagi Kerajaan Negeri yang melulus dan meminda undang-undang negeri.  Ia juga berkhidmat kepada Kerajaan Negeri serta menyediakan medan bagi memeriksa dasar-dasar Kerajaan serta melulus rang undang-undang bajet negeri, selain menjadi forum untuk ahli-ahli meluahkan pendapat dan berbincang mengikut hak perundangan ahli-ahli.

 

2. Bilakah persidangan DUN Sarawak yang pertama diadakan?

Mesyuarat General Council (nama asal) bersidang untuk pertama kalinya pada 8 September 1867 di Bintulu, dan dianggotai oleh 21 ahli dan menjadikan DUN Sarawak sebagai dewan perundangan yang tertua di Malaysia.

 

3. Bilakah bangunan DUN Sarawak dirasmikan?

Bangunan DUN Sarawak telah dirasmikan pada 27 Julai 2009 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

4. Berapakah bilangan Ahli DUN Sarawak?

Bilangan Ahli DUN Sarawak adalah 82 orang dan ini menjadikan DUN Sarawak sebagai dewan perundangan yang terbesar di Malaysia.

 

5. Apakah peraturan yang diguna pakai ketika persidangan DUN Sarawak?

Peraturan yang diguna pakai semasa persidangan DUN Sarawak adalah yang terkandung di dalam buku Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak.

6. Bagaimanakah prosedur untuk mengadakan lawatan ke DUN Sarawak?

Semua pelawat, sama ada individu ataupun daripada institusi atau organisasi di dalam dan luar negara, boleh mengadakan lawatan ke DUN Sarawak dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada:

Setiausaha,

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Petra Jaya, 93502 Kuching.

Tel: +6082-441955

Faks: +6082-440628

Emel: duns@sarawak.gov.my

Laman Web: duns.sarawak.gov.my

Segala urusan lawatan diurus dan dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, DUN Sarawak.

Surat permohonan lawatan hendaklah mencatatkan nombor telefon, faks dan emel pemohon serta objektif lawatan dan senarai nama pelawat.

Pelawat dikehendaki menunjukkan Surat Kebenaran Lawatan kepada Pegawai Keselamatan yang bertugas di pintu masuk bangunan DUN Sarawak.

7. Apakah kod pakaian dan peraturan semasa berada di DUN Sarawak?

Sila hubungi Bahagian Khidmat Komunikasi Korporat, DUN Sarawak di talian 082-311946/082-440355 untuk keterangan lanjut.