KUCHING: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12 Sarawak), tamat pada jam 5 petang tadi dan ketika ini, proses kiraan kertas undi sedang berjalan di 82 pusat penjumlahan.
Berita Harian (BH) membawa laporan langsung keputusan PRN-12 Sarawak daripada wartawan kami, M Hifzuddin Ikhsan, Adib Povera, Saiful Haizan Hasam, Mohd Roji Kawi, Mohd Iskandar Ibrahim, Hana Naz Harun, Nor Ain Mohamed Radhi, Nurul Hidayah Bahaudin, Goh Pei Pei, Norsyazwani Nasri, Melvin Joni dan Joshua Eric serta jurugambar, Aizuddin Saad dan Nadim Bokhari.
----------------------------------------------------------------------------
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Petra Jaya. - Foto BERNAMA
9.30 malam: Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg meninggalkan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud malam ini.
Chong Chieng Jen menang dengan majoriti 1,198 undi.9 malam: Keputusan RASMI. N.9 Padungan. Calon DAP, Chong Chieng Jen menang dengan 1,198 majoriti selepas meraih 4,686 undi. Calon GPS Datuk Wee Hong Seng meraih 3,488 undi, calon PBK Raymond Thong Ee Yu (930 undi) dan calon ASPIRASI Lina Soo (193 undi).
8.23 malam: Keputusan RASMI. N.17 Stakan. Calon GPS, Datuk Hamzah Brahim memperoleh 7,854 undi, calon PSB, George Young Si Ricord Junior (2,047), calon DAP Leslie Ting (524) dan calon PBK, Atet Dego (415).
8 malam: Keputusan TIDAK RASMI. N.17 Stakan. Calon GPS, Datuk Hamzah Brahim memperoleh 7,854 undi, meninggalkan calon PSB, George Young Si Ricord Junior (2,047), calon DAP Leslie Ting (524) dan calon PBK, Atet Dego (415).
7.50 malam. Calon PSB, N53 Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu.7.43 malam: Keputusan TIDAK RASMI. N.16 Muara Tuang. CalonGPS, Datuk Idris Buang memperoleh 7,812 undi, meninggalkan calon Bebas, Ismawi Muhammad (2,073), calon PSB, Yakub Khalid (1,798), calon SEDAR, Hipni Sulaiman (337), calon AMANAH, Daud Eali (221) dan calon PBK, Sugandam Sulaiman (180)
Petugas SPR menyusun kotak undi kawasan DUN Padungan selepas tamat pengundian dan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Selatan (DBKS), Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad7.35 malam: Keputusan RASMI. GPS menang di kerusi DUN N24 Sadong Jaya, N18 Serembu, N36 Layar, N61 Pelagus dan N57 Telian
7.35 malam: Keputusan TIDAK RASMI. N.53 Bawang Assan. Calon PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh memperoleh 5,556 undi, meninggalkan calon GPS, Robert Lau Hui Yew (4,798), calon DAP, Amy Lau (973), calon PBK, Michelle Ling (824) dan calon Bebas, Ricky Entri (639).
7.25 malam: Keputusan TIDAK RASMI. N.51 Bukit Assek. Calon GPS, Chieng Jin Ek memperoleh 3,999 undi, meninggalkan calon DAP, Irene Chang (3209), calon PBK, Priscilla Lau (2,185), calon PSB, Ting Kee Nguan (1,474) dan calon Bebas, Hii Tiong Huat (240).
7.24 malam: Keputusan TIDAK RASMI. N.17 Stakan. Calon GPS, Datuk Hamzah Brahim memperoleh 6,040 undi, meninggalkan calon PSB, George Young Si Ricord Junior (1,655), calon PBK, Atet Dego (319) dan calon DAP Leslie Ting (404).
7.15 malam: Keputusan RASMI. Calon GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menang di DUN N26 Gedong.
7.15 petang: Keputusan TIDAK RASMI. N.53 Bawang Assan. Calon PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh memperoleh 4,180 undi, meninggalkan calon GPS, Robert Lau Hui Yew (3,321), calon DAP, Amy Lau (569), calon PBK, Michelle Ling (507) dan calon Bebas, Ricky Entri (545)
7.14 malam: Keputusan TIDAK RASMI. N.65 Belaga. Calon GPS, Liwan Lagang mendahului persaingan dengan 3,552 undi diikuti calon PSB, Henry Usat Bit (1,307); calon PBK, John Bampa (97) dan calon Bebas, Siki Balarik (81).
7.07 malam: KEPUTUSAN RASMI. GPS menang di DUN Beting Maro dan DUN Balai Ringin.
7.10 malam: Keputusan TIDAK RASMI. N.64 Baleh. Calon GPS, Nicholas Kudi Jantai mendahului persaingan dengan 2,944 undi diikuti calon PSB, Koh Kumbong (1,421); calon DAP, Kenneth Usang George (430) dan calon PBK, Sukarno Layau (72).
7.06 malam: KEPUTUSAN RASMI. Calon PSB, Baru Bian menang di Ba'kelalan - SPR
MIRI, 18 Dis -- Ketua Tempat mengundi SMK Ching Hua, Daim Zainuddin (kanan) diringi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyerahkan peti undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.73 Piasau di Dewan Serbaguna Komplek Islam Sarawak, Miri hari ini.-- fotoBERNAMA(2021) HAK CIPTA TERPELIHARA6.30 petang: Keputusan TIDAK RASMI. GPS memenangi 21 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
6.27 petang: Keputusan TIDAK RASMI. N.16 Muara Tuang. Calon GPS, Datuk Idris Buang memperoleh 5,097 undi, meninggalkan calon PSB, Yakub Khalid(1,361), calon Bebas, Ismawi Muhammad(984), calon SEDAR, Hipni Sulaiman(270), calon AMANAH, Daud Eali(145) dan calon PBK, Sugandam Sulaiman (104)
6.10 petang: Keputusan TIDAK RASMI. N.52 Dudong. Calon GPS, Datuk Seri Tiong King Sing memperoleh 2147 undi, meninggalkan calon PSB, Wong Hie Ping (683), calon DAP, Paul Ling Fong (392), calon Bebas, Fadhil Mohd Isa (274), calon PBDSB, Julius Enchana (257), calon PBK, Jane Lau (74), calon ASPIRASI, Josephine Lau (23) dan calon Bebas, Engga Unchat (30).
6.05 petang: Calon GPS, Datuk Julaihi Narawi diumumkan menang di DUN N.27 Sebuyau menewaskan calon PBK, Wan Chee Wan Mahjar (486 undi) dan calon AMANAH, Wel@Maxwel Rojis (803 undi).
5.53 petang: Calon GPS, Dayang Noorazah Awang Sohor mendahului di kerusi DUN N28 Lingga dengan 2,185 undi
5.50 petang: Calon GPS, Datuk Francis Harden Hollis sedang kembali mendahului di kerusi DUN N32 Simanggang dengan 1,479 undi.
5.35 petang: Keputusan TIDAK RASMI. N.59 Tamin. Calon GPS, Christopher Gira memperoleh 2,369 undi, meninggalkan calon PSB, Datuk Joseph Entulu Belaun (1,306).
5.32 petang: 55 peratus pengundi keluar mengundi setakat jam 4 petang - SPR
Petugas SPR Sarawak tiba di Terminal Penumpang Sibu dengan menaiki bot dan membawa dua buah peti undi dari pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Rasau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Bawang Assan ketika tinjauan sempena hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini. - Foto BERNAMA
5.30 petang: Calon GPS, Dayang Noorazah Awang Sohor sedang mendahului di kerusi DUN N28 Lingga dengan 518 undi.
5.10 petang: Keputusan TIDAK RASMI. Calon GPS, Friday Belik, memperoleh 2,465 undi, meninggalkan calon PSB, Musa Dinggat (1,925), calon Bebas, Datuk Ali Biju (1,400) dan Danny Kuan dari PBK (168).
5.03 petang: Keputusan TIDAK RASMI. Calon GPS mendahului di DUN Krian dengan 2,083 undi, meninggalkan calon PSB (1,569), Bebas (1,228) dan PBK (102).
5.03 petang: Keputusan TIDAK RASMI. Calon GPS, Datuk Snowdan Lawan mendahului di kerusi DUN Balai Ringin dengan 4,650 undi setelah pengiraan terhadap 39 peti undi.
5.01 petang: Keputusan TIDAK RASMI. Calon GPS mendahului dengan 2,585 undi, menewaskan calon PSB (882), Bebas (80) dan PBK (73).