News

 

DUN Sarawak: Tiga RUU bakal dibentangkan pada persidangan minggu depan

Posted on 02 May 2024
Source of News: TVS

KUCHING, 2 Mei: Tiga rang undang-undang (RUU) bakal dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 6 Mei hingga 15 Mei tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata salah satu RUU itu berkaitan dengan perhutanan.
“Kedua berkaitan RUU Perbekalan Tambahan disebabkan kita memerlukan perbelanjaan yang mencukupi bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy (SEB) di sini, hari ini.

Jelasnya, RUU ketiga pula berkaitan dengan pelabuhan.

Mengenai, bandar raya ini disenaraikan sebagai bandar ke-11 paling bersih di dunia baru-baru ini, Abang Johari menjelaskan pencapaian itu hasil kerjasama jitu yang diberikan oleh warga Kuching dalam menjaga dan mengekalkan kebersihan.

“Perkara seterusnya yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana cara untuk kita mengekalkan pengiktirafan itu dan menambah baik pretasi,” jelasnya.

Tambahnya, perkembangan menyeluruh berkaitan pekara itu akan disampaikan semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kelak.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang.