Berita

 

DUN Sarawak bersidang mulai 24 November hingga 3 Disember 2025

Disiarkan pada 21 Oct 2025
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

KUCHING: Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 akan diadakan mulai 24 November hingga 3 Disember 2025.

Menurut notis rasmi yang dikongsikan kepada Utusan Borneo hari ini, persidangan akan diadakan di Kompleks DUN di Petra Jaya dan dijangka Belanjawan Negeri 2026 turut dibentangkan.

Notis rasmi itu yang bertarikh 21 Oktober 2025 dikeluarkan Setiausaha DUN Nur Azhar Bujang.

Mengikut Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN Sarawak, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan tidak lebih daripada 10 pertanyaan untuk dijawab secara lisan semasa Mesyuarat Dewan.

Tarikh akhir untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat mengemukakan soalan kepada Setiausaha DUN ialah pada atau sebelum Isnin, 10 November 2025, pada waktu pejabat.

DUN Sarawak bersidang dua kali setahun, bagaimanapun persidangan khas boleh dilakukan jika perlu.

Untuk rekod, sidang DUN khas sehari telah diadakan pada 7 Julai 2025 yang menyaksikan pembentangan dan kelulusan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keahlian), 2025, untuk menambah bilangan ahli yang dipilih dalam Dewan daripada 82 kepada 99.

oleh,