Menurut notis rasmi yang dieluarkan Setiausaha DUN Sarawak, Nur Azhar Bujang, persidangan tersebut akan diadakan di Bangunan DUN Sarawak seperti yang telah dijadualkan.
Selaras dengan Peraturan Mesyuarat DUN, setiap wakil rakyat dibenarkan mengemukakan sehingga 10 soalan untuk jawapan lisan sepanjang sesi persidangan berlangsung.
Dalam pada itu, tarikh akhir bagi penyerahan soalan kepada Setiausaha DUN ditetapkan pada atau sebelum 27 April, pada waktu pejabat. – TVS